Friday, February 4, 2011

Di Antara Kalian...

        Melihat pada jam di tangan, tidak sampai 30 minit lagi Suzana akan dipindahkan ke kelas lain. Suzana berasa gelisah dan berjalan berulang-alik sambil sesekali melihat pada jam di tangan nya. Suzana tidak mahu perkara yang tidak diingini berlaku semasa keberadaannya berada di kelas tersebut. Detik demi detik berlalu.
          ‘Macammana kalau diorang tak suka aku. Apa aku nak buat ni? Tolonglah hambaMu ini Ya Allah’
Hati dipujuk berkali-kali. Akhirnya Cikgu Salina mengarah Suzana mengambil barang dan pergi ke kelas Tingkatan 3 Melor. Setibanya di kelas 3 Melor, Suzana terdengar suara-suara bisikan yang tidak dapat dipastikan butir-butir bicaranya. Suzana semakin gementar. Mukanya mula merah akibat menahan rasa malu. Dia terpaksa akur akan keputusan gurunya, demi kebaikannya juga. Akhirnya dia mengambil tempat kosong di sebelah seorang jejaka. Pada hari itu, Suzana hanya mampu duduk diam dan fikirannya melayang ke tempat lain. Guru yang mengajar di depan langsung tidak diendahkannya.

            Pada petang itu, hujan renyai-renyai. Suzana terpaksa menunggu di tempat menunggu untuk berteduh menanti hujan reda. Dalam diam, Suzana diperhatikan oleh seorang jejaka tidak jauh dari tempat Suzana menunggu. Lelaki tersebut hanya tersenyum melihat gelagat Suzana. Setelah 30 minit menunggu, tiba sebuah kereta Waja berwarna hitam. Suzana tersenyum dan berlari-lari anak menghampiri kereta tersebut lalu memasuki perut kereta. Kereta Waja berwarna hitam terus meluncur laju di jalan raya.

...
            Sekali lagi Suzana dilanda kegelisahan. Dia mula teringat peristiwa semasa berada di sekolah tadi. Wajah lelaki yang berada di sebelahnya sentiasa menghantui dirinya. Wajah lelaki itu begitu mirip dengan lelaki yang pernah hadir dalam mimpinya selama 3 malam berturut-turut. Jam menunjukkan tepat pukul sebelas malam. Suzana masih belum dapat melelapkan mata. Dia asyik memikirkan perkara yang bakal berlaku esok.
            “Ya Allah, bantulah hambaMu ini. Aku buntu. Apa yang cuba Engkau tunjukkan pada diri ini, Ya Allah”
Terdengar deringan lagu Di Antara Kalian dari telefon bimbit Suzana. Tertera nama Fakhri di kaca telefon bimbit. Suzana berasa sungguh bahagia dan mengangkat panggilan tersebut sepantas kilat. Fakhri sebenarnya ialah kekasih Suzana yang telah dua tahun mengikat janji bersama Suzana. Fakhri merupakan lepasan SPM dan sekarang menuntut di UiTM.
            “Suzana, rindunya abang kat awak”
            “Eleh, abang tu, entah-entah ada perempuan cantik kat sana, saja je nak ambil hati orang”
            “Takdelah Suzana. I really love you, and you know that right?”
            “Ya, I know that dear. And I also love you”
Hampir dua jam Suzana meluangkan masa bercakap dengan Fakhri. Dan akhirnya Suzana tertidur.

            Keesokan harinya, Suzana sangat mengantuk ketika guru sedang mengajar. Guru yang berada di hadapan seolah-olah berpusing-pusing. Tiba-tiba seorang lelaki menghulurkan dua biji gula-gula Mentos kepada Suzana. Di situlah bermulanya perkenalan Suzana dengan lelaki yang bernama Amir. Amir merupakan lelaki yang duduk bersebelahan dengan Suzana. Mereka mula berbual dan bercerita tentang diri masing-masing. Ternyata Amir mempunyai kekasih di kelas sebelah yang bernama Balqis.

...
            Habis mandi, Suzana terus memeriksa telefon bimbitnya. Ternyata terdapat mesej daripada nombor yang tidak dikenali. Rupa-rupanya Amir. Tidak berapa lama kemudian Amir menelefon Suzana dalam keadaan yang sungguh sedih. Amir baru sahaja memutuskan hubungannya dengan Balqis tanpa penjelasan yang terperinci. Suzana berasa sungguh sedih melihat kawan karibnya bersedih. Sebenarnya, Suzana menaruh hati terhadap Amir kerana Amir terlalu ambil berat tentangnya dan sentiasa mencuba untuk membahagiakan harinya.

            Sejak itu, Amir selalu menelefon Suzana. Suzana mula melupakan kekasihnya dan jarang meluangkan masa bersama kekasihnya. Dia hanyut dalam bahtera cinta yang mula dibinanya bersama Amir. Suzana mula keliru dengan dirinya sendiri. Dia takut perkara yang tidak diingini akan berlaku. Fakhri sangat setia dan Amir membahagiakan. Suzana hanyut dalam lamunannya sehingga dia tertidur pada malam itu.

...
            Suzana membuat kesilapan apabila dia tersilap menghantar mesej kepada Fakhri. Kemarahan Fakhri membuatkan hubungan Suzana dan Fakhri terputus. Namun Fakhri tidak pernah menyalahkan Suzana. Suzana berasa begitu bersalah dan terus menangis siang dan malam.
‘Ya Allah, kenapa semua ini harus berlaku terhadap diriku’
Tidak lama kemudian, hal ini telah sampai ke pengetahuan Amir. Dia tahu kasihnya terhadap Suzana telah membuatkan Suzana menderita. Dia pun mula menulis mesej kepada Suzana.
            ‘Aku nak minta maaf Suzana. Kerana aku, kau dan Fakhri tak lagi bersama. Salah aku kerana bermain dengan kekasih orang. Maafkan aku Suzana. Janganlah kau cari aku lagi kerna aku takkan pernah ganggu kau lagi’
Suzana yang menerima mesej tersebut terus menangis dan buntu. Dia benar-benar buntu. Apa harus dia lakukan. Suzana amat menyayangi kedua-duanya.


...
Seminggu berlalu, akhirnya Suzana telah membuat keputusan untuk kembali ke pangkuan Fakhri walaupun dia tahu kasihnya terhadap Amir telah mengatasi sayangnya terhadap Fakhri. Namun apakan daya, Fakhri terlalu baik kepadanya. Dia tidak boleh terlalu mengikut perasaan. Suzana mula mengambil sekeping kertas berwarna ungu dan mencoret sesuatu buat Amir.

Amir,

Aku minta maaf kerana bermain dengan hati kau. Tak pernah terlintas di hati ku untuk jatuh cinta dengan kau sejak pertama kali kita bertemu. Aku tahu, aku telah memberi harapan kepada kau. Tapi, satu yang kau perlu ingat sayangku terhadap kau tak pernah tipu. Aku tak pernah beri harapan palsu kepada kau. Sungguh Amir, sungguh aku sayang kan kau. Namun apakan daya, aku kekasih orang. Aku mahu kau tahu yang aku akan sentiasa sayang kan kau.

  Love,
 Suzana


‘Aku sayangkan kau, Amir’

When I walked besides you
My heart keeps trembling the whole day through
Alone, thinking about you
Always keeping memories you marked

Even if we accidently meet each other
I will seemingly looking down
Even when you and I surprisingly meet
I'll only know to expose a shy little smile

Do you understand it now?
Do you see through my heart now?
The love that comes silently
Did you...Did you hear it now?

It was my love since the beginning
That warmly shines on my icy heart
The love that comes to me step by step
Although I'm a bit afraid...

The one that moved me, my love
Just like the rain, disrupted my heart
My heart...my heart is already in love
Missing you so...

This should be love...